Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua wanita terbabit kekecohan di KLIA sudah pulang ke China - SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mendedahkan dua warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah pulang ke negara asal mereka, hari ini.

Bercakap kepada kepada pemberita ketika merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM, di Putrajaya, Azam berkata dia dimaklumkan mengenai kepulangan wanita itu ke China oleh KLIA.

Dia juga berkata badan pencegah rasuah itu telah merekodkan keterangan daripada sekurang-kurangnya 14 individu berhubung kejadian yang berlaku pada Khamis, 29 Jun lalu.

“Ini termasuk kenyataan daripada dua wanita itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing dan lapan pegawai imigresen,” katanya.

Azam bagaimanapun berkata, dia tidak tahu sama ada kedua-dua wanita itu akan kembali semula ke negara ini ataupun tidak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS