Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat Jakoa Gombak terbakar
Diterbitkan:  Jul 5, 2023 6:06 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Sebuah pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) daerah Gombak di Jalan Gombak, Kampung Sungai Chinchin di Kuala Lumpur musnah 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 1.20 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.35 tengah hari dan tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak dan BBP Wangsa Maju digerakkan ke tempat kejadian.

“Semasa anggota tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah pejabat kelas C berkeluasan 40x80 kaki persegi (kp) telah terbakar 80 peratus selain sebuah kontena bersaiz 20x10 kp musnah seratus peratus dijilat api.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 2.08 petang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Wan Md Razali mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan memaklumkan pejabat yang terbakar itu telah pun dijadikan sebagai setor dan barangan di dalamnya turut musnah.

“Sementara, kontena yang terbakar 100 peratus itu sebenarnya dijadikan ruangan pejabat namun semasa kejadian tiada mangsa di dalamnya. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS