Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Rosmah Mansor hari ini memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan bagi mencabar kes rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Peguamnya dari firma guaman Akberdin & Co memfailkan permohonan itu di mahkamah persekutuan semalam.

Menurut salinan kertas kausa, isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara itu mengemukakan enam persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antaranya, jika Peguam Negara Idrus Harun diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengeluarkan surat pelantikan - bertarikh 21 Mei 2021 - kepada bekas hakim mahkamah persekutuan, mendiang Gopal Sri Ram, sebagai timbalan pendakwa raya kanan kes rasuahnya, yang berkuat kuasa 15 Nov 2018.

Pasukan peguam Rosmah berhujah bahawa ini adalah isu kerana Idrus hanya dilantik sebagai peguam negara pada 2021.

Pada 22 Jun, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan kes rasuahnay.

Asas untuk semakan kehakiman itu adalah bahawa kes rasuah terhadapnya adalah terbatal dari awal kerana dakwaan pelantikan ketua pendakwa kes solar itu, Sri Ram adalah tidak sah.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 30 Ogos tahun lepas menafikan permohonan kebenaran semakan kehakiman kepada Rosmah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS