Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Serah dokumen gaji CEO: Rafizi, Sapura Energy capai persetujuan

Sapura Energy Berhad (SEB) dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli merekodkan perintah persetujuan supaya syarikat itu menyerahkan dokumen berkaitan bekas ketua pegawai eksekutifnya Shahril Shamsuddin.

Perintah persetujuan itu dirakamkan semasa pengurusan kes hari ini.

Rafizi yang juga timbalan presiden PKR memohon dokumen itu untuk pembelaannya terhadap saman fitnah Shahril dalam isu masalah kewangan SEP dan sama ada gaji Shahril terlalu tinggi.

Peguam Rafizi, Navpreet Singh, mengesahkan kepada media hari ini bahawa perintah itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamad.

“Kita capai persetujuan dalam beberapa dokumen yang kami mahu melalui permohonan sebelum ini,” katanya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di mana kes utama sedang berlangsung, menetapkan tarikh 19 Ogos untuk pengurusan kes praperbicaraan.

Pengurusan kes di Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan rayuan SEB terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang antaranya membenarkan permohonan pendedahan Rafizi terhadap syarikat itu.

Shahril, kini menjadi ketua pegawai eksekutif dan presiden Kumpulan Sapura, menyaman Rafizi atas dakwaan dia mendapat gaji terlalu tinggi ketika SEB berdepan krisis kewangan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS