Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Selamat maju jaya dengan ketidakjujuranmu, Azmin’
Diterbitkan:  Jun 28, 2023 2:56 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Dakwaan bekas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa ekonomi negeri merudum setelah diambil alih oleh Amirudin Shari cuma permainan politik.

"Itu cuma permainan politik dia.

“Tapi, sangat sedih kerana seorang yang tidak bercakap jujur terutamanya dalam hal ini kerana kepentingan politik.

"Jadi selamat maju jaya, dengan ketidakjujuran dia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serahan sumbangan lembu korban serta sumbangan kewangan parlimen Gombak dan DUNSungai Tua.

Amirudin yang juga pengganti Azmin berkata statistik Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) membuktikan prestasi ekonomi negeri baik.

Menurut data DOSM mengenai sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2022, Selangor menjadi sumbangan tertinggi kepada ekonomi negara dengan 25.5 peratus, berbanding 24.8 peratus tahun sebelumnya.

Selain menjadi pemacu terbesar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun itu, ekonomi negeri itu juga berkembang lebih cepat daripada ekonomi negara, dengan 11.9 peratus pada 2022, berbanding kadar nasional 8.7 peratus.

"Itu bukti bahawa kita ada rekod prestasi yang sangat baik, dan kita ada perancangan teratur dalam memastikan Selangor sebagai sebuah negeri kekal sebagai kedudukan ekonomi yang besar.

"Pelaburan langsung asing (FDI) salah satu daripada petunjuk dan yang paling penting adalah konsistensi. Sejak daripada tahun 2018, (prestasi) ada turun sikit pada tahun 2020 dan kembali tingkat pada tahun 2021. 

"Ini membuktikan kita masih ada lagi penarikan yang lebih besar. Ini bukan datang tiba-tiba, lepas itu tahun berikut lemah.

"Itu adalah tanda perancangan yang lemah, dan tiada kesefahaman. Bila kita buat hasil yang baik dan jumlah kerja, Azmin kena lihat jumlah tenaga kerja yang ditawarkan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS