mk-logo
Berita
Denda wanita berseluar pendek langgar hak bukan Islam - menteri

Keputusan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk mendenda seorang wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek semasa berada di kedainya sendiri telah melanggar kebebasannya yang dijamin oleh perlembagaan, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Dia berkata kebebasan seperti itu harus dihormati dalam masyarakat berbilang kaum.

"Ini adalah pekedai bukan muslim dalam kedai sendiri dia pakai seluar pendek.

"Ini adalah Kebebaskan hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Nga berkata dia telah meminta MPKB dan kerajaan negeri PAS, jika boleh untuk menarik balik kompaun berkenaan.

"Oleh kerana itu, saya harap majlis perbandaran ataupun semua pihak berkuasa tempatan (PBT) ambil iktibar.

"Jangan terlalu ghairah ataupun mengeluarkan saman, sekurang-kuranganya boleh juga bincang, tegur dulu, didik dulu," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS