Paling Popular
Terkini

Sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun di luar kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam sebagai membantah penjualan dan pencetakan sebuah buku komik yang satu daripada halamannya memburukkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Corong Rakyat, menuntut pihak berkuasa menghentikan pencetakan dan penjualan buku komik itu di beberapa rangkaian kedai buku di Malaysia.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi oleh penulis komik, Cheeming Boey itu.

Menurut berita tempatan, Boey, 45, ialah warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.

Polis Jakarta Selatan menghantar 47 anggota untuk memantau protes yang bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS