Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelabur, pembiaya disaran beralih ke Asia - Anwar

Perdana menteri berkata Asia dilimpahi dengan sejumlah besar sumber semula jadi, potensi tenaga boleh diperbaharui serta populasi yang kian meningkat.

Pelabur dan pembiaya berisiko berhadapan kerugian sekiranya tidak beralih ke Asia yang dilimpahi dengan sejumlah besar sumber semula jadi, potensi tenaga boleh diperbaharui serta populasi yang kian meningkat yang tidak menolak inovasi bersama selain semakin menghargai ekonomi hijau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu, terdapat potensi lagi untuk rantau ini berkembang sebagai pemain dalam rantaian nilai sifar bersih sama seperti sumber biodiversiti yang kaya dan peratusan tinggi litupan hutan menawarkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang amat banyak.

“Selain membangunkan peluang hidrogen dan CCS (penangkapan dan penyimpanan karbon) untuk menyimpan karbon, dengan inovasi bateri dan penyimpanan elektrik berjalan

dengan baik, terdapat peluang untuk memajukan mineral nadir bumi serta mewujudkan ekosistem kondusif bagi mengukuhkan rantaian bekalan,” katanya dalam ucaptama pada acara Energy Asia 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri berkata membangunkan sumber dan potensi ini memerlukan akses kepada pembiayaan, teknologi dan inovasi, rangka kerja dasar yang tepat dan set kemahiran untuk masa depan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS