mk-logo
Berita
Bekas teman wanita pemain bola Sabah ditahan
Diterbitkan:  Jun 22, 2023 10:21 AM
Dikemaskini: 2:21 AM

Polis menahan teman wanita seorang pemain bola sepak Sabah 8 malam tadi kerana dipercayai merosakkan pintu rumah pemain tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada pemain bola sepak terbabit mengenai perkara itu Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS