Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
El Nino: Risiko jerebu 'tinggi' walau dengan langkah pencegahan - badan pemikir

Di sebalik perkembangan dalam usaha perladangan dan kerajaan Asean untuk menangani masalah jerebu di rantau ini, risiko ia berulang dijangka tetap tinggi tahun ini susulan cuaca kering yang luar biasa.

Ia berdasarkan laporan yang diterbitkan badan pemikir Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) hari ini, selepas menilai risiko jerebu berdasarkan ramalan cuaca, dasar kerajaan dan kuasa pasaran.

Pengerusi SIIA Simon Tay berkata, ini pertama 'kod merah' dikeluarkan sejak laporan berkenaan jerebu mula dikeluarkan lima tahun lalu.

Amaran sebelum ini adalah 'kod kuning jingga' (risiko sederhana) untuk tiga tahun dan kod hijau (risiko rendah) untuk setahun.

"Ini tahun di luar kebiasaan, dan ia dicerminkan dengan peringatan merah pertama dalam rekod kami," katanya ketika sesi taklimat Haze Outlook 2023 hari ini.

Dia berkata langkah yang diambil kerajaan-kerajaan Asean untuk mengurangkan pencemaran udara sangat positif, terutama di Indonesia.

"Penilaian kami berdasarkan penyelidikan kuantitatif (dan kualitatif) terhadap tahap pembasmian hutan di Indonesia di tahap terendah dalam tempoh 20 tahun," katanya.

Kajian itu mengambil kira usaha kerajaan untuk mengelakkan berlakunya kebakaran liar dan jerebu, dengan penekanan terhadap komitmen Malaysia dan Indonesia bagi menambah baik pengurusan tanah dan sumber.

"Kerajaan Malaysia dan Indonesia telah mula-mula memberi makluman kepada kami dan menyuarakan masalah.

"Kerajaan Malaysia telah melaksanakan rancangan sifar pembakaran," katanya sambil menambah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad setakat ini lantang berkenaan masalah jerebu.

Kemungkinan 'El Nino besar'

SIIA menyatakan cuaca dijangka panas dan kering tahun ini ekoran dua fenomena meteorologi, iaitu El Niño-Southern Oscillation (Enso) dan Indian Ocean Dipole (IOD).

"Pada masa ini keadaan El Nino lemah, tetapi ada kemungkinan 84 peratus ia melangkaui tahap sederhana pada akhir 2023, dengan kemungkinan 25 peratus untuk 'El Nino besar' melanda.

"Sebab itu kami fikir dari segi cuaca, ada risiko nyata untuk musim kering yang serius dan teruk, dan risiko lebih dari biasa untuk berlakunya kebakaran," kata penolong pengarah kanan SIIA Aaron Choo.

Sementara itu, berkenaan pasaran, SIIA berkata ada petunjuk seperti peningkatan penjualan benih minyak sawit dan harga masa depan minyak sawit yang lebih tinggi, menandakan peladang sedang giat melakukan penanaman dan penanaman semula.

Persoalannya di manakah kegiatan tersebut dijalankan.

"Syarikat utama telah menegaskan komitmen berterusan mereka ke arah kelestarian dan menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan tanah sedia ada berbanding pembukaan ladang baru.

"Mereka juga berjaga-jaga terhadap kebakaran, dengan satu syarikat melaporkan telah menggandakan perbelanjaan untuk menghindar dan memadam kebakaran antara 2022 dan 2023.

"Bagaimanapun kurang keyakinan dan kejelasan terhadap kesediaan di kalangan pengendali ladang yang lebih kecil.

"Banyak pengendali ini menjual di pasaran bocor atau 'kelabu' dan tidak bertanggungjawab dalam peluasan (ladang), yang menyebabkan kebakaran dan jerebu," menurut laporan itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS