Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PJD Link: Penduduk ke mahkamah untuk dapatkan laporan EIA

Penduduk telah megheret pihak berkuasa ke mahkamah atas dakwaan keengganan untuk menyerahkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan dokumen lain yang berkaitan dengan cadangan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link).

Peguam Lim Wei Jiet, yang bertindak bagi empat penduduk Petaling Jaya, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa permohonan kebenaran semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 7 Jun lalu.

Pada 23 Mei, penduduk mengeluarkan surat tuntutan kepada pihak berkuasa dengan memberi mereka tujuh hari untuk menyerahkan bukan sahaja laporan EIA tetapi juga laporan Penilaian Kesan Sosial (SIA) dan laporan Penilaian Kesan Trafik (TIA) berkaitan projek itu, yang dibantah oleh penduduk.

Surat tuntutan dihantar kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES).

Semakan kehakiman sekarang menyasarkan empat responden - ketua pengarah PlanMalaysia, pengarah PlanMalaysia Selangor, kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan.

Menurut salinan afidavit yang menyokong tindakan undang-undang itu, penduduk Petaling Jaya T Chakaravarthi berhujah mereka terpaksa memfaikan permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana pihak berkuasa gagal memberi jawapan.

Chakaravarthi berkata, memandangkan penduduk akan terjejas secara langsung dan tidak langsung oleh projek PJD Link, mereka mempunyai hak untuk mengakses dokumen bagi mendapatkan maklumat yang komprehensif dan mendalam tentang skop, impak dan terma berkaitan projek itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS