Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Latihan industri: Tiada dasar paksaan kepada syarikat - PM

Kerajaan tidak akan melaksanakan dasar yang jelas mengenai latihan industri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ini kerana syarat program berkenaan tidak boleh dipaksakan kepada syarikat.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata walaupun ia tidak diwajibkan, syarikat harus menyediakan elaun yang berpatutan kepada pelatih mereka.

"Kerajaan tidak akan tetapkan satu kaedah yang jelas kerana ini program internship dan tidak boleh dipaksa dan lebih banyak syarikat ambil interns lebih baik untuk orang-orang itu,” katanya pada majlis pelancaran Program Siswazah Pasaran Modal di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur hari ini.

Rashifa Aljunied, 24 bakal jalani latihan industri Oktober depan.

"Kita faham bahawa internship itu bukan pekerjaan biasa.

"Tetapi bagilah sedikit elaun yang munasabah kepada mahasiwa untuk makan, tambang yang diambil kira," jelas perdana menteri.

Semalam, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata kementeriannya akan meneliti isu elaun bagi pelajar yang menjalani latihan industri berikutan laporan beberapa pelatih tidak mendapat elaun.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan seorang pelajar universiti awam yang telah menghabiskan beberapa hari berkempen dengan papan sandwic yang bertulis "intern bukan buruh percuma."

Rashifa Aljunied, 24 bakal menjalani latihan industri pada semester Oktober, bimbang bagaimana dia akan bertahan dalam tempoh itu.

Dengan peningkatan kos sara hidup, Rashifa berkata menjadi satu kemestian bagi pelatih untuk dibayar dan menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan yang jelas mengenai kedudukan pelatih.

Pada 7 Jun lalu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang baru bagi mewajibkan majikan sektor awam dan swasta membayar gaji pelatih dan mereka yang menjalani latihan industri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS