Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shahidan tarik diri tanding presiden DPMM
Diterbitkan:  Jun 17, 2023 1:24 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada pemilihan persatuan itu yang dijadualkan hari ini.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata keputusan berkenaan dibuat demi menjaga perpaduan dalam kalangan ahli persatuan itu.

“Demi perpaduan dan keharmonian dan juga masa depan DPMM yang lebih cemerlang, maka dengan ini saya menarik diri daripada bertanding dan saya berdoa semoga kawan-kawan yang akan memegang jawatan nanti membuat yang terbaik demi masa depan DPMM,” katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat agung persatuan itu, di Kuala Lumpur hari ini.

Shahidan yang juga Presiden DPMM Perlis berkata beliau akan memberikan sokongan dan bersedia untuk membantu kepimpinan DPMM pusat dari semasa ke semasa.

Sementara itu, mengulas mengenai sama ada dirinya akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, Shahidan berkata keputusan mengenainya terletak pada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS