Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa bumi gegar barat Perancis
Diterbitkan:  Jun 17, 2023 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

GLOBAL | Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda barat Perancis pada 6:38 petang waktu tempatan (1638 GMT) Jumaat, menurut Biro Seismologi Pusat Perancis (FCSB).

Menurut FCSB, pusat gempa berada 28 kilometer ke barat daya bandar Niort, Deux-Sevres, di Perancis, lapor Xinhua.

Menteri Peralihan Ekologi dan Kesepaduan Wilayah Perancis, Christophe Bechu menyifatkan gempa bumi itu antara "yang terkuat pernah direkodkan di bandar metropolitan Perancis", dan penilaian kerosakan sedang dijalankan.

“Setakat ini, seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di perkhidmatan kecemasan,” katanya di media sosial.

Di wilayah Charente-Maritime, banyak bangunan rosak dan mengalami keretakan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, 1,100 kediaman terputus bekalan elektrik di wilayah terbabit.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS