Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ikan bakar nasi putih menu pilihan Anwar di medan selera Cyberjaya
Diterbitkan:  Jun 16, 2023 1:44 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Set nasi putih dengan ikan bakar menjadi pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjamu selera bersama pengunjung di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di Cyberjaya hari ini.

Menikmati makan tengah hari sambil beramah mesra dengan pengunjung sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran menjadi rutin mingguan Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas.

Beliau yang tiba di medan selera itu kira-kira 1.07 tengah hari  disambut Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Sepang Muhamad Shah Osmin sebelum menjamu selera sambil menyantuni pengunjung yang turut berswafoto dan mengambil gambar kenang-kenangan dengannya.

Kira-kira 15 minit di medan selera itu, beliau dilihat mencuba beberapa menu makanan lain antaranya daging masak kicap dan ulam-ulaman.

Usai makan tengah hari, Anwar bergerak ke Masjid Raja Haji Fisabilillah yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari Foodcourt Sports Arena untuk menunaikan solat Jumaat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS