Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP: Polis mohon bantuan Interpol kesan Jocelyn Chia
Diterbitkan:  Jun 13, 2023 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.

Ketua Polis Negara (IGP), Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya akan melakukan permohonan berkenaan esok bagi membantu siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial.

"Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam klip video berkenaan.

"Pada 7 Jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Acryl Sani ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), di Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Chia baru-baru ini menjadi kecaman ramai susulan tindakannya yang memperlekehkan Malaysia dan mempersendakan tragedi MH370 dalam dalam satu persembahan komedi bertajuk 'Singapore vs Malaysia' di New York, Amerika Syarikat. Klip video itu kemudian menjadi tular.

Susulan itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon memohon maaf atas keceloparan pelawak tersebut yang menghina Malaysia.

Menegaskan Chia bukan lagi rakyat Singapura, katanya, dia sendiri terkejut dengan komen yang tidak patut dilontarkan itu.

Dalam temu bual bersama CNN baru-baru ini, Chia dilaporkan berkata bahawa klip viral itu tidak memaparkan persembahannya yang lengkap, dan oleh itu, telah diambil di luar konteks.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS