Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
20 Julai - Pengurusan kes tarikh bicara kes saman Lim-Muhyiddin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Julai untuk pengurusan kes bagi tarikh perbicaraan penuh bagi saman fitnah bekas menteri kewangan Lim Guan Eng terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Peguam Lim, Guok Ngek Seong, berkata mahkamah pagi ini menetapkan tarikh pengurusan kes itu bagi saman berhubung isu pembatalan status pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary.

“Mahkamah mengarahkan pihak-pihak memfailkan ikatan fakta dokumen, ikatan pliding, ikatan fakta dipersetujui, dan isu untuk dibicarakan sebelum 20 Julai.

"Pengurusan kes seterusnya dijadualkan pada 20 Julai untuk arahan lanjut daripada mahkamah dan penetapan tarikh perbicaraan," kata peguam itu kepada media selepas pengurusan kes di hadapan pesuruhjaya kehakiman Roz Mawar Rozain.

Pada 27 Mac lalu, Ahli Parlimen Bagan Lim memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin yang dituduh mencemarkannya.

Saman sivil itu adalah atas dakwaan bekas perdana menteri tersebut bahawa Lim bertanggungjawab ke atas Yayasan Albukhary - yang diketuai oleh hartawan Syed Mokhtar Albukhary - kehilangan status pengecualian cukai semasa tempoh plaintif menerajui kementerian kewangan.

Pada April lalu melalui pernyataan pembelaannya, Muhyiddin menuntut supaya Lim membuktikan bahawa kementeriannya tidak membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS