Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
3 ahli BN cabar keputusan KDN kecualikan pembatalan pendaftaran Umno

Tiga anggota Barisan Nasional (BN) memohon kepada mahkamah untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya.

Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid - dua ahli Umno cawangan Lembah Pantai - serta P Vellasamy, yang adalah ahli MIC cawangan Lembah Pantai - memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 15 Mei.

Kebenaran semakan kehakiman itu akan didengar di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Pada 7 Mac lalu, Saifuddin memaklumkan bahawa kementeriannya memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 kepada Umno.

Ia berhubung usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Saifuddin berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan itu daripada setiausaha Agung Umno pada 3 Mac 2023.

Seksyen 13 berkaitan pembatalan sesebuah pertubuhan.

Menurut seksyen 70 akta itu, menteri boleh menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS