Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda BN berdemo bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia

Sejumlah 100 anggota Pemuda BN berkumpul di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi menyuarakan bantahan terhadap jenaka pelawak Jocelyn Chia yang dilihat memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Mereka antara lain juga menggesa kerajaan mengenakan larangan terhadap Chia daripada masuk ke Malaysia.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyifatkan kebebasan bersuara tidak terpakai untuk jenaka itu memandangkan prinsip itu harus seiring dengan sensitivi.

"Jenaka sepatutnya berdasarkan fakta. Kita mesti tahu sensitivi berkaitannya, ia perlu dilakukan secara beradab," katanya di luar bangunan kedutaan AS di Kuala Lumpur, hari ini.

Selepas rundingan dengan pihak polis, dua wakil dibenarkan masuk ke kedutaan bagi menyerahkan surat bantahan mereka.

Rakaman video jenaka pelawak berasal dari Singapura itu ketika mengadakan persembahan di New York, AS tular di media sosial baru-baru ini dan mengundang kecaman ramai.

Pesawat MH370 hilang dan tak dapat dikesan rada pada 8 Mac 2014. Sejak itu, misi pencarian gagal mengesannya dan kesemua 227 penumpang dan 12 anak kapal dianggap telah meninggal dunia.

Dalam surat bantahan kepada Duta AS ke Malaysia Brian D McFeeters, Akmal berkata kenyataan yang dibuat Chia telah menyebabkan "kedukaan".

Dia juga menggesa pihak kedutaan agar menyampaikan surat tersebut kepada pihak berkaitan di AS bagi memastikan penyiasatan terperinci insiden itu dibuat dan tindakan sewajarnya diambil.

Baginya, kenyataan bersifat itu amat dikesali kerana menjejaskan prinsip saling menghormati dan memahami budaya antara satu sama lain.

Selaku duta yang mewakili AS - sebuah negara yang dikenali atas komitmennya terhadap diplomasi dan sikap inklusif - penting untuk mengendalikan isu tersebut dengan segera dan mengambil tindakan sewajarnya, menurut surat itu seperti dilihat Malaysiakini.

Akmal berkata Pemuda Umno juga telah membuat laporan polis terhada Chia semalam.

Menurut Sinar Daily, video jenaka Chia itu telah dipadamkan oleh Tiktok kerana ia termasuk dalam kategori ucapan kebencian.

Chia merupakan bekas warganegara Singapura dan kini menetap di AS.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS