Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bingung dan berang: Orang Asli Bekok dapat notis ceroboh tanah

Menghuni Kampung Selai selama 112 tahun, akhirnya Orang Asli di Bekok, Segamat, Johor menerima notis menceroboh tanah kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Orang Asli Achai @ Juti Kais memberitahu Malaysiakini bahawa penduduk kampung bingung dan berang selepas mendapat notis untuk mengosongkan kawasan daripada Pejabat Tanah Segamat pada 22 Mei lepas.

Achai, 60, berkata mereka diberikan 30 hari untuk berbuat demikian.

“Habis Orang Asli nak jadi apa kalau tak boleh masuk hutan? Sebab Orang Asli ini (hidup) di sungai, DNA hutan.

“Lagipun, kita Orang Asli tak boleh dipisahkan dengan hutan. Kita Orang Asli dah turun temurun, daripada nenek moyang kita dulu,” katanya.

Achai mendedahkan, masyarakat Orang Asli di Mersing dan Kluang juga berdepan arahan sama.

Dia justeru menyelar pihak berwajib kerana tidak membincangkan perkara itu dengan tok batin (ketua kampung) terlebih dahulu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS