Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Kemerosotan ringgit ekoran ketidaktentuan ekonomi global
Diterbitkan:  May 31, 2023 5:04 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar AS adalah ekoran ketidaktentuan ekonomi global pada tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, keadaan itu menyebabkan permintaan terhadap pelaburan yang lebih selamat kian meningkat.

"Ekoran ketidaktentuan daripada ekonomi global, terutama Amerika Syarikat (AS), pasaran antarabangsa lebih cenderung memilih pelaburan yang lebih selamat iaitu dolar AS dan emas," katanya ketika menjaab soalan pemberita hari ini.

Dia membangkitkan bangkrapnya Bank Silicon Valley pada Mac lalu, konflik dalam Kongres AS berkenaan peningkatan siling hutang dan pemotongan perbelanjaan persekutuan yang baru di negara itu.

Namun Rafizi berkata prestasi ringgit pada masa ini adalah lebih selamat.

"Jika kita melihat prestasi ringgit dari Disember hingga awal Februari, ia telah mengukuh kepada RM4.20 berbanding dolar AS ekoran kestabilan politik dan ekonomi," katanya lagi.

Dia juga membangkitkan langkah kerajaan sebelumnya yang tidak menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) walaupun negara-negara jiran telah berbuat demikian sebaik selepas wabak Covid-19.

"Kita agak terkebelakang berbanding negara jiran kita yang mana sebaik sahaja pandemik berakhir, mereka terus menormalkan kadar faedah, tidak jauh berbeza dengan AS.

"Namun kita lambat, mungkin kerana kita terlalu sibuk dengan pilihan raya umum," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS