Jabatan perdana Menteri ditegur kerana menggunakan gambar gandum sebagai hiasan untuk poster yang mengucapkan selamat menyambut pesta kaamatan dan hari gawai.
Selain pengguna Twitter, terdapat juga wartawan yang turut tampil menegur perkara itu.
"Usaha yang baik, tapi kamu sekurang-kurangnya tahu perbezaan antara padi dan gandum.
“Tak susah nak buat kajian kat Google. Percuma lagi tu," tulis seorang wartawan Ushar Daniele.
Kaamatan dan Gawai adalah pesta menuai padi di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, poster di Twitter itu dipadam tidak lama kemudian, tanpa sebarang penjelasan.
Poster sama di Facebook juga telah dipadamkan.
Terdahulu, poster itu dimuat naik bagi menyatakan ucapan selamat sempena sambutan pesta itu oleh timbalan ketua setiausaha kanan dan warga JPM.