Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah bebaskan remaja Rohingya dari pendakwaan imigresen 

Seorang pelarian Rohingya berusia 15 tahun berjaya mengetepikan pendakwaan berkaitan kesalahan imigresen selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk mengambil kira undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Hakim Hasbullah Adam antaranya membangkitkan perlindungan bawah mukadimah keempat Akta Kanak-Kanak 2001 dan Perkara 22 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC).

"Pihak pendakwaan tidak membantah perlindungan yang diberikan kepada pelarian secara amnya, dan juga (berdasarkan status pelarian kanak-kanak) seperti yang diberikan bawah Artikel 22 UNCRC, seperti yang diperdebatkan oleh peguam pemohon.

"Mahkamah ini juga tidak menemui di mana-mana hujah pihak responden yang membantah surat UNHCR bertarikh 22 Jun 2022 (mengenai status pelarian remaja itu)," kata Hasbullah pada akhir pendengaran kes.

Oleh itu, Hasbullah memutuskan agar remaja tersebut dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Noor Mawarni Abdul Halim dan Mohd Asnawi Abu Hanifah mewakili pihak pendakwaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS