Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye

GLOBAL | Recep Tayyip Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye, kata pengerusi Majlis Pilihan Raya (YSK) Ahmet Yener, semalam.

Dia berkata Erdogan mempertahankan jawatan presiden selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad.

Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

Setakat ini 99.43 peratus peti undi telah dibuka.

Erdogan dalam ucapannya berkata 85 juta rakyat Turkiye adalah pemenang dalam pilihan raya negara yang berakhir pada Ahad.

Lebih 64.1 juta orang telah berdaftar untuk mengundi, termasuk lebih 1.92 juta pengundi luar negara dan hampir 192,000 peti undi telah disediakan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS