Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lima kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sarawak.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu setakat 4.30 petang ini, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan, serta Raub dan Bentong di Pahang.

Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Selangau.

Tahap berjaga-jaga tersebut merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS