Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri akan dianjurkan di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat ini mulai 6.30 petang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook memaklumkan majlis itu akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir, Syeikh Prof Dr Ali Jumuah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
“Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua-dua ulama ulung ini,” katanya.
Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis berkenaan.
- Bernama