Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perkeso sahkan SPRM tahan pegawai kes Penjana

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh SPRM menerusi Ops Hire 2.0 semalam.

Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).

Menurut Perkeso, pegawai terbabit disyaki terlibat menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana.

"Sehubungan itu, pihak kami menegaskan bahawa Perkeso tidak akan mencampuri urusan tersebut dan memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan penyiasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan SPRM telah menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi selepas disyaki terbabit menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS