Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan terhadap Hadi: Polis akan panggil pihak terlibat - KPN

Susulan banyak laporan yang dibuat terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai beberapa isu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan memanggil sesiapa yang terlibat untuk membantu siasatan.

"Mereka yang dipercayai terlibat akan dipanggil. Itu SOP (prosedur operasi standard) kita dalam menyiasat kes," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang bersama media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ini berlaku selepas beberapa laporan dibuat oleh ahli politik daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengenai isu berkaitan dakwaan Hadi terhadap bukan Melayu dan bukan Islam, yang didakwa provokatif dan boleh menggugat kerajaan.

Terdapat juga laporan dibuat berhubung kenyataan Hadi bahawa Perikatan Nasional (PN) dan blok pembangkang sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan terhadap Hadi mengenai dakwaan percubaan PN untuk menggulingkan kerajaan.

Beh berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Bagaimanapun, Hadi yang juga ahli parlimen Marang masih belum dipanggil polis untuk direkodkan keterangannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS