Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korban kultus mati kebuluran di Kenya cecah 227 orang
Diterbitkan:  May 18, 2023 2:09 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

GLOBAL | Angka kematian di Kenya dipercayai akibat kultus kebuluran meningkat kepada 227 pada Rabu selepas pihak polis menemukan 15 lagi mayat.

Pesuruhjaya Wilayah Pantai Rhoda Onyancha mengesahkan penemuan mayat itu semasa taklimat media, lapor Agensi Anadolu.

"Jumlah orang hilang kini meningkat kepada 611," kata Onyancha, merujuk kepada gesaan pihak polis agar orang ramai tampil melaporkan mengenai kehilangan orang tersayang.

Sebelum ini, beratus-ratus mayat telah ditemukan di Hutan Shakahola di Daerah Kilifi sejak pertengahan April semasa penyiasatan dijalankan terhadap kultus yang dikendalikan oleh Mackenzie, seorang paderi yang mengetuai Gereja Good News International di Kenya.

Dia dituduh mengarahkan pengikutnya supaya mati kelaparan agar mereka dimasukkan ke dalam syurga sebelum kiamat.

Siasatan yang bermula bulan lalu mendedahkan beberapa mangsa kehilangan organ mereka, mendorong dakwaan berlakunya pemerdagangan organ manusia.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS