Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KSN: Mad Zaidi dilantik KSU Kementerian Perladangan dan Komoditi
Diterbitkan:  May 18, 2023 9:45 AM
Dikemaskini: 1:45 AM

Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkuat kuasa hari ini.

Mad Zaidi, 53, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di kementerian sama.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Mad Zaidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang-bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

"Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London, Mad Zaidi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dengan jawatan pertama disandang adalah Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS