Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar diminta telus dalam pelantikan KP SPRM pada masa hadapan

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM)- Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya bersikap telus berhubung pelanjutan tempoh khidmat Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

“Pada masa hadapan, proses pelantikan perlu telus dan kita harus senaraikan kriteria (pelantikan ketua pesuruhjaya).

"Ini akan menghalang sebarang persepsi negatif terhadap ketua pesuruhjaya SPRM," kata pengerusi KRPPM-IGAR, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Jumaat lalu, Anwar memaklumkan bahawa kontrak ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki disambung selama setahun lagi.

Ditanya mengenai alasan pelanjutan itu, perdana menteri berkata memang sebelum ini ada isu yang dikaitkan dengan pegawai kanan berkenaan.

Namun katanya, kerajaan sekarang berpendapat Azam telah  berkhidmat dengan baik selepas diberi "kelonggaran" untuk menjalankan tugas masing-masing.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS