Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isytihar harta: Saya dah buat tahun lepas - PM jawab Dr M

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bahawa dia tidak ragu-ragu untuk mengisytiharkan hartanya, kerana ia sudah diketahui umum.

Anwar mengingatkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa dia telah pun mengisytiharkan hartanya tahun lepas sebelum pilihan raya umum ke-15.

Ini selepas Mahathir meminta Anwar mengisytiharkan kekayaannya semasa menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998, dengan mendakwa dia adalah antara "pemimpin terdahulu" yang dituduh mengamalkan kronisme.

"Saya tiada masalah, saya antara orang yang mengisytiharkan harta.

"Baru-baru ini pun saya isytiharkan berapa (aset), RM11 juta. (Daripada jumlah) RM11 juta tu harga rumah Segambut (RM10 juta). Itu bukan rahsia itu diketahui umum" katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Madani di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi PH itu mengisytiharkan aset bersih RM11.18 juta pada November tahun lepas, dengan RM828,667.83 berbentuk aset tunai dan RM10.35 juta dalam hartanah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS