Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM bakal umum 'projek baru' untuk Kelantan malam ini

Kunjungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Kelantan hari ini diisi dengan beberapa program yang akan diakhiri dengan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani, malam ini.

Dalam jadual lawatannya sehari itu dia turut diperkenan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Terdahulu ketika berucap di majlis pelancaran Stesen Pertama ECRL Kota Bharu, Anwar berkata dia akan mengumumkan keputusan projek baru dan peruntukan untuk Kelantan semasa menghadiri program malam nanti.

Menurutnya, apa yang akan diumumkan nanti adalah lebih daripada apa yang dibentangkannya semasa belanjawan sebebelum ini.

“Naratif negeri Pantai Timur dan Sabah adalah ketinggalan dan kerajaan bertekad untuk menambah peruntukan dan kemudahan kepada negeri-negeri khususnya Kelantan.

“Malam ini saya mungkin akan menyebut beberapa keputusan baru iaitu lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini iaitu projek yang saya percaya dapat membantu membangunkan Kelantan.

“Kita tidak mahu Kelantan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Tambun itu dijadualkan menghadiri program Jelajah Madani Ulama dan Umara negeri Kelantan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS