mk-logo
Berita
Badan tauliah perhutanan global siasat aduan terhadap Samling
Diterbitkan:  May 11, 2023 1:13 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Sebuah badan pensijilan perhutanan terkemuka dunia, Sistem Pengurusan Hutan (FSC) telah melancarkan siasatan terhadap syarikat gergasi perkayuan Malaysia, Samling Global Limited.

Ini berikutan aduan mengenai pelanggaran terhadap amalan perhutanan mampan.

Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan semalam,

FSC berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu selepas mendapati dua pemegang sijil FSC secara tidak langsung terlibat dalam "aktiviti yang didakwa tidak wajar."

Kedua-dua entiti itu merupakan pemegang sijil rantaian jagaan FSC, yang menjamin kayu yang digunakan diperoleh melalui kaedah yang mampan.

Aduan kepada FSC telah dibuat pada Oktober 2022, oleh gabungan organisasi termasuk Save Rivers, Jawatankuasa Bertindak Hak Komuniti Gerenai (GCRAC), Organisasi Keruan, The Borneo Project dan Bruno Manser Fund.

Pengadu mendakwa Samling melanggar piawaian FSC dalam empat bidang, termasuk pelanggaran hak asasi manusia melalui operasi perhutanan dan pemusnahan hutan bernilai pemuliharaan tinggi.

Mereka mendakwa kegiatan itu berlaku antara 2017 hingga 2022, antara lain di Kawasan Hutan Ulu Baram di Sarawak, tempat tinggal masyarakat Penan.

"Tuduhan telah dibuat terhadap entiti Samling Global Limited yang tidak diperakui FSC tetapi disambungkan kepada dua pemegang sijil rantaian jagaan yang juga termasuk dalam kumpulan Samling.

"Disebabkan rantaian sijil jagaan penglibatan tidak langsung dalam aktiviti yang didakwa tidak wajar yang ditakrifkan dalam Polisi Persatuan FSC, FSC telah memutuskan untuk menerima aduan dan membuka kes polisi untuk persatuan terhadap Samling Global Limited," kata FSC pada satu kenyataan.

Samling telah berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan telah mengambil tindakan sivil terhadap kumpulan aktivis Save Rivers.

Selain FSC, NGO itu juga telah mengadu kepada Skim Pensijilan Kayu Malaysia, yang telah memperakui aktiviti perhutanan Samling sebagai mampan.

Proses penyelesaian pertikaian MTCS ditangguhkan sementara menunggu keputusan tuntutan di mahkamah.

Majlis Pensijilan Kayu Malaysia memberitahu Malaysiakini, walaupun garis panduan MTCS hanya memerlukan juruaudit menjalankan temu bual dengan 10 peratus persampelan isi rumah, namun juruaudit berkenaan telah menjalankan temu bual dengan semua isi rumah dalam menghadapi pertikaian di Baram.

Malaysiakini telah meminta jawapan daripada Samling mengenai siasatan FSC dan sedang menunggu maklum balasnya.


BACA BERKAITAN:

Kelemahan skim sijil balak bangkitkan isu 'greenwashing'


Mengulas siasatan FSC, William Tingang, seorang penduduk Orang Asal Long Moh, di Baram berkata ini membuktikan aduan itu mempunyai asas.

“Kami meminta mereka terus mengambil tindakan undang-undang terhadap Samling kerana secara terang-terangan mereka tidak menghormati hak kami dan amalan bagaimana Kurangkan Impak Pembalakan tidak diikuti dengan betul di tanah kami.

"FSC hanya akan mengambil kes kami jika tuntutan terhadap syarikat itu serius, dan disokong oleh bukti," katanya pada satu kenyataan.

Sementara itu, Projek Borneo dan Bruno Manser Fonds berkata isu libat urus masyarakat yang lemah dalam pensijilan hutan terjadi di seluruh Sarawak.

Pengarah Projek Borneo Jettie Word berkata penilaian kesan alam sekitar yang "cacat" juga telah menyebabkan ketidakpercayaan di kalangan peribumi dan firma kuasa hidro, perhutanan dan minyak sawit tempatan.

“Tiada keperluan penyertaan awam untuk penilaian impak, dan dasar pendedahan yang sempit menyebabkan masyarakat Orang Asal dalam kegelapan.

"Jika juruaudit dan syarikat mendengar kebimbangan masyarakat dan menghormati hak tanah mereka sejak awal, kami tidak akan melihat Save Rivers disaman oleh Samling, dan organisasi seperti FSC tidak perlu campur tangan untuk menyiasat."

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS