Tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM telah dilanjutkan setahun.
Ini di tengah-tengah spekulasi bahawa dia mungkin akan digantikan dengan orang lain.
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan hal ini pada satu kenyataan hari ini.
Zuki berkata Yang diPertuan Agong telah memperkenankan pelanjutan tempoh perkhidmatan itu, yang berkuat kuasa 12 Mei.
Azam akan mencecah usia 60 tahun pada 12 Mei ini - usia wajib bersara.
Dalam wawancara dengan NST sebelum ini, dia berkata telah bersama agensi pencegahan rasuah itu selama 39 tahun.
Dia dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM pada 2020, menggantikan Latheefa Koya yang letak jawatan setelah perubahan kerajaan pada tahun itu.
Azam memainkan peranan utama dalam penyiasatan SPRM dalam kes berkaitan 1MDB dan mengetuai siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Di bawah pimpinannya, SPRM antara lain menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Bersatu serta kepimpinannya, dan hakim kes SRC International Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan salah laku dan konflik kepentingan.
Ia meletakkan suruhanjaya itu dalam perselisihan dengan kehakiman, yang mendakwa siasatan terhadap Nazlan dibuat tanpa mengikut prosedur.
Azam juga menjadi perhatian dalam kontroversi pemilikan saham yang membangkitkan persoalan konflik kepentingan dan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya selaku penjawat awam.
ia mendakwa saham itu bukan miliknya tetapi dibeli adiknya menggunakan namannya. Ia juga menyebabkan Suruhanjaya Sekuriti terlibat dalam siasatan berkenaan penyalahgunaan akaun dagangan.