Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tak dominan di Kedah, k'jaan negeri boleh bertukar - Mahdzir
Diterbitkan:  May 10, 2023 2:13 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

PAS bukan parti dominan di Kedah, kata pengerusi perhubungan Umno negeri Mahdzir Khalid.

Menurut bekas ahli parlimen Padang Terap itu, kecenderungan pengundi di Kedah menunjukkan kerajaan negeri itu boleh bertukar pada pilihan raya akan datang.

“Kedah tidak semestinya tempat PAS, dulu Kedah adalah kubu kuat BN.

"PAS pernah menang dan pernah juga kalah, jadi ia bukan negeri di mana PAS dominan seumpama di Kelantan,” kata Mahdzir seperti dipetik FMT.

Pada pilihan raya umum ke-15 tahun lepas, PAS menang sembilan dari 15 kerusi di Kedah diikuti Bersatu (lima) dan PKR (satu).

Mahdzir, yang bertanding semula di Padang Terap, tewas kerusi parlimen yang disangnya selamna dua penggalnya kepada ahli parlimen PAS Uztaz Nurul Amin dengan 10,959 undi.

Sementara itu, Mahdzir yang juga naib presiden Umno dipetik FMT berkata BN akan mencadangkan calon bagi pilihan raya negeri Kedah selepas rundingan kerusi antara parti kerajaan perpaduan selesai.

Beliau berkata BN Kedah sedang memuktamadkan senarai calon untuk pertimbangan kepimpinan gabungan itu.

Pemimpin Umno itu berkata perbincangan setakat ini adalah positif.

Secara berasingan, Mahdzir berkata Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor hidup "dalam dunianya sendiri" berhubung dakwaannya bahawa BN tidak lagi mempunyai "panglima perang" di negeri itu dan kekurangan jentera untuk bertanding dengan jayanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS