ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peruntukan RM50 juta bagi penggunaan tenaga solar di bangunan k'jaan

Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta untuk mengurangkan bil elektrik di bangunan kerajaan melalui penggunaan tenaga solar.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad membuat pengumuman bersama itu pada sidang media petang ini.

“RM50 juta akan diperuntukkan untuk memasang sistem solar di bangunan dan kemudahan kerajaan dalam tahun ini.

"Ini adalah pelaburan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan bil elektrik di bangunan kerajaan," kata Rafizi.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan bertanggungjawab ke atas dasar ini.

ADS

Tambahnya, kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam sistem bekalan elektrik dijangka mencapai kira-kira 70 peratus menjelang 2050.

Dia berkata Malaysia berpotensi menjadi hab tenaga boleh diperbaharui di ASEAN kerana potensi dari segi kapasiti dan geografi.

Rafizi menganggarkan pelaburan baru sekitar RM637 bilion sehingga 2050 dengan usaha meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam sistem bekalan elektrik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS