Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MP ambil air dari pili bomba untuk elak jalan sesak, berbahaya
Diterbitkan: Ā May 9, 2023 2:20 PM
ā‹…
Dikemaskini: 8:38 AM

Berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya sekali gus membahayakan pengguna lain adalah antara punca Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Binti Mohd Yusoff memulakan inisiatif membantu orang ramai mendapatkan bekalan air dengan lebih mudah serta selamat.

Katanya penduduk di kawasan Rantau Panjang sudah mengalami masalah air berhari-hari sehingga mendorong dia tampil membantuk syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menghantar bekalan kepada mereka.

"Jadi apabila kita nak hantar air kepada penduduk baru-baru ni, dekat dengan musim perayaan - dalam seminggu nak raya - lori nak angkat air ni bersusun dalam jalan jammed dan bahaya, sebab lori besar, berat.

"Sebab itulah Kak Lah berbincang dengan pihak AKSB, dengan pihak bomba lagu mana kita nak (buat) supaya tidak mengganggu laluan jalan, melintas orang ramai.

"Pihak AKSB cadangkan supaya manfaatkan pili bomba sebab di Kelantan ni berbeza dengan negeri lain," katanya dalam penjelasan melalui TikTok hari ini.

Ia dikeluarkan oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri (UPKN) Kelantan.

Menjelaskan situasi itu Siti Zailah berkata di negeri-negeri lain saluran paip untuk kegunaan bomba berbeza daripada saluran bagi membekalkan air kepada orang awam.

Untuk jimatkan masa

Di Kelantan, katanya, bekalan air yang disediakan untuk masyarakat dan kegunaan Jababatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah sama.

"Paip bomba dan air AKSB aksesnya sama, jadi sebenarnya paip bomba tidak ada bekalan air sendiri.

"Apa yang ada melalui paip bomba yang digunakan untuk (memadam) kebakaran (atau) kecemasan adalah air AKSB," katanya.

Siti Zailah ini berdepan dengan siasatan selepas didapati mengambil air melalui pili bomba untuk diedarkan kepada penduduk yang berdepan masalah bekalan di Rantau Panjang.

Ia mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan selepas Siti Zailah sendiri memuat naik gambar-gambar berkenaan pengambilan air tersebut di media sosial.

Siti Zailah yang juga bekas timbalan menteri itu mendakwa dia sudah mendapat kebenaran daripada AKSB untuk menghantar bekalan air bersih kepada penduduk setempat dengan kerjasama anggota JBPM Kelantan.

Bagaimanapun, JBPM Kelantan menafikan ada memberi kebenaran kepada Siti Zailah.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kemudian meminta mana-mana pihak yang menggunakan pili bomba tanpa kebenaran agar meminta maaf.

Kata Siti Zailah sebelum mengambil air di pili bomba tersebut pihaknya sudah bermesyuarat dengan exco Kelantan dan AKSB.

"Alhamdulillah air itu kita dapat dari sumber air AKSB tetapi untuk menjimatkan masa dengan cepat maka ambil air itu diambil melalui pili bomba yang berdekatan," katanya.

Anggota bomba pula, tambah Siti Zailah, tampil untuk membantu memudahkan proses tersebut kerana tidak mudah untuk membuka pili berkaitan.

Menegaskan "tidak ada isu" dalam proses tersebut, ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut menekankan bahawa semua penduduk setempat tahu tidak timbul soal mencuri air.

"Kalau Kak Lah nak curi pun, bukan Kak Lah curi untuk Kak Lah tetapi air tu kita (mendapatkannya) untuk rakyat yang memerlukan," katanya.

@upknkelantan Tiada istilah curi air. Semuanya Demi rakyat šŸ’• #kelatebest #fyp ā™¬ original sound - UPKN Kelantan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS