Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MB - Henti fitnah kerajaan Pahang, bersaing secara sihat

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menabur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Dia berkata, walaupun perbuatan itu bermotifkan politik namun dia berharap pihak terbabit boleh bersikap lebih terbuka dan bersaing secara sihat.

"Fitnah ini adalah satu kerja yang tidak baik, tidak betul dan mengelirukan rakyat, apa salahnya kita menyatakan sesuatu yang betul.

"Apa yang saya maksudkan ini perkara yang tidak berlaku, kadang-kadang benda itu berlaku di tempat lain, tetapi dikatakan (berlaku) di Pahang.

"Kita tahu ini adalah agenda politik tapi tidak baiklah, kalau boleh kita bersaing secara sihat," katanya ketika ditemui media di Kuantan, hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy merasmikan kursus perdana haji dan penyampaian sumbangan kepada jemaah haji Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di Kuantan.

Dia mengulas demikian selepas ditanya mengenai dakwaan yang tular di media sosial berkaitan masalah kualiti bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini.

Dakwaan itu disebarkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook oleh individu tertentu.

"Macam kerajaan negeri bila diberi tanggungjawab, kita buat kerja, kita tidak akan menabur fitnah.

"Kalau kata kerajaan negeri dah buat, contohnya dulu kawasan saya bekalan air sangat kerap berlaku, tetapi sekarang ini terganggu juga, tapi tidaklah sekerap dulu.

"Memang kita akui, kita ada kelemahan tapi janganlah sampai memfitnah kerajaan negeri," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS