Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO rayu PM batalkan projek tambak laut Pulau Pinang
Diterbitkan:  May 5, 2023 3:34 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merayu kepada perdana menteri agar membatalkan projek penambakan Penang South Island (PSI) atas alasan ia akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, keterjaminan makanan, iklim, komuniti nelayan, dan demografi Pulau Pinang.

Presiden NGO itu, Mohideen Abdul Kader berkata projek berkenaan juga bercanggah dengan rangka kerja dasar kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang antara tonggaknya adalah menggalakkan pembangunan mapan.

Mohideen Abdul Kader

“Kami hairan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang bertegas untuk meneruskan projek penambakan walaupun kesan ekologi dan sosial yang buruk.

“Berdepan dengan kritikan hebat terhadap projek penambakan itu, kerajaan negeri kini cuba mewajarkan projek itu dengan mendakwa Pulau Pinang memerlukan lebih banyak tanah untuk pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Dakwaan ini tidak berasas dan bercanggah dengan realiti di lapangan,” kata Mohideen dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah bahawa lebih 1,214 hektar tanah di Batu Kawan, bersambungan dengan pelabuhan dan lapangan terbang berdekatan.

Mengulas lanjut, Mohideen mendakwa bahawa projek itu akan memburukkan lagi krisis iklim kerana ia akan melibatkan sebahagian besar laut yang dilitupi pasir dan tanah, serta mengakibatkan peningkatan pelepasan karbon.

Di samping itu, projek berkenaan juga, katanya akan memusnahkan industri perikanan di Pulau Pinang, serta membawa perubahan demografi dengan menjejaskan komuniti yang terkesan.

“Tempat mereka akan diambil alih oleh warga asing dan elit yang kaya dari China, Hong Kong, dan Barat.

"Adakah memihak kepada golongan elit kaya tempatan dan asing selaras dengan prinsip Madani?" soalnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS