mk-logo
Berita
OCPD buat laporan polis terhadap ahli majlis Seberang Perai
Diterbitkan:  May 4, 2023 6:13 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata laporan itu susulan kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook 'David Marshel'.

Satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, David Marshel yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan satu upacara keagamaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata beliau sendiri membuat laporan itu pada 10.04 malam tadi selepas menyedari kenyataan yang dimuat naik David yang juga Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Facebooknya, petang semalam.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.

“Semakan maklumat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan dilakukan selepas memperoleh kebenaran untuk menyiasat (OTI).

"Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS