mk-logo
Berita
S'wak, Sabah dan Labuan berisiko dilanda fenomena garis badai
Diterbitkan:  May 4, 2023 6:08 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak berisiko dilanda fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dari 5 hingga 7 Mei, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Menurut ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan agensi itu pada 1 tengah hari tadi, berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat.

"Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin barat daya di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dari 5 hingga 10 Mei 2023,” menurut MetMalaysia.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi jabatan terlibat bagi maklumat yang terkini dan sahih.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS