Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas polis direman tujuh hari bantu siasatan kes samun
Diterbitkan:  May 3, 2023 12:09 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

Seorang bekas anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun seorang pemuda di Taman Bukit Cheng di Melaka pada 29 April lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula hari ini hingga 9 Mei.

Mengikut pertuduhan, suspek lelaki berumur 35 tahun itu didakwa bersama seorang rakannya dipercayai menyamun mangsa yang berusia 25 tahun ketika pemuda terbabit sedang meletak kenderaan di beranda rumahnya.

Suspek dikatakan meletakkan pisau pada leher mangsa, manakala rakannya menunggu berdekatan pagar rumah mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS