Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Pembinaan Masjid Changlun diteruskan, tambahan peruntukan RM3.07 juta
Diterbitkan:  Apr 30, 2023 8:49 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan RM3.07 juta, menjadikan keseluruhan kos pembinaan rumah ibadat itu berjumlah RM5.77 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

"Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara semua negeri di negara ini," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut mengulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

"Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS