Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tanah runtuh di akademi SPRM bukan faktor semulajadi - Nanta
Diterbitkan:  Apr 25, 2023 10:31 PM
Dikemaskini: Apr 26, 2023 1:19 AM

Tiada tanda-tanda faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan tanah di kawasan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan siasatan awal daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.

"Bagaimanapun, JKR sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci," kata Nanta menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa yang terlibat dan berharap usaha mengenal pasti punca sebenar serta langkah mengawal runtuhan di lokasi kejadian dapat disegerakan.

Terdahulu, dilaporkan seramai 76 petugas pentadbiran MACA dan IIM berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS