Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kaunter jamin tidak ditutup awal tapi penjamin tidak hadir'
Diterbitkan:  Apr 24, 2023 8:00 AM
Dikemaskini: 1:46 AM

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) berkata dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.

Menurut PKPMP dalam satu kenyataan semalam, kesemua 10 tertuduh telah dibenarkan mahkamah untuk dijamin, namun hanya penjamin bagi empat tertuduh yang hadir untuk meneruskan proses ikat jamin pada hari berkenaan.

“Sehubungan itu, memandangkan dalam kes ini penjamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat dikemukakan sehingga kaunter ditutup pada 4 petang iaitu waktu biasa penutupan kaunter sepanjang Ramadan, proses jamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat disempurnakan,” menurut PKPMP sebagai menjawab dakwaan sebuah portal berita mengenai isu itu Khamis lepas.

Menurut PKPMP, kehadiran penjamin untuk menguruskan proses jamin merupakan sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi, selain bertujuan membolehkan mahkamah mengesahkan identiti penjamin yang bertanggungjawab dalam jaminan itu.

Ia juga bagi memberikan penerangan secara lisan kepada penjamin-penjamin berhubung syarat dan tanggungjawab penjamin sepanjang tempoh jaminan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS