Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga ditahan bantu siasatan isu festival Hooray X Fest Raya

Pengarah sebuah syarikat antara tiga individu ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu festival Hooray X Fest Raya yang dilapor dibatalkan pada saat akhir dan merugikan ramai peniaga yang telah mendaftar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua wanita berusia 50 dan 51 tahun serta seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun.

“Penahanan mereka dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada semalam dan mereka direman selama dua hari sehingga esok bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata sebanyak enam laporan polis telah diterima setakat ini berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini, beberapa peniaga tampil di media sosial menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pembatalan festival itu, yang dijadualkan berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur bermula semalam hingga esok.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS