Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Langkah Ikea tamatkan kontrak syarikat keselamatan aniaya pekerja dapat pujian
Diterbitkan:  Apr 20, 2023 12:17 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

NGO hak  buruh North South Initiative memuji tindakan Idea membatalkan kontraknya dengan sebuah syarikat keselamatan di Malaysia susulan laporan berkaitan penganiayaan terhadap pekerja.

“Ini adalah sektor yang paling tidak dikawal dengan risiko penganiayaan pekerja yang tertinggi. 

“Ia juga dikawal oleh pemilik yang sangat berkuasa yang juga bekas pegawai keselamatan,” kata pengarah eksekutifnya Adrian Pereira.

Katanya, tidak diketahui bagaimana pekerja-pekerja itu diwakili dan sama ada mereka mempunyai kesatuan sekerja atau tidak.

Adrian Pereira

“Kita malah tidak tahu sama ada pengawal keselamatan layak mendapatkan gaji minimum atau tidak,” katanya.

Terdahulu The Financial Times melaporkan Ikea Malaysia memutuskan hubungan dengan pembekal tenaga kerjanya atas alasan melanggar dasar syarikatnya.

Siasatan dalaman syarikat sekutunya Inter Ikea dan Ikano Retail mendapati pekerja dari Nepal terpaksa membayar sehingga AS$1,000 (RM4,400) untuk mendapatkan kerja di Malaysia.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS