Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah kekalkan sabitan Peter Anthony kes dokumen palsu

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak rayuan Peter Anthony untuk membatalkan keputusan bersalahnya dalam kes dokumen palsu yang melibatkan kontrak penyelenggaraan sistem.

Hakim Ahmad Bache petang ini menafikan rayuan bekas menteri infrastruktur dan pembangunan Sabah itu dalam kes pemalsuan yang dikaitkan dengan surat yang dikeluarkan oleh pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang berpangkalan di Sabah itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 26 Mei tahun lalu yang mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 bagi pertuduhand di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati ketika itu, didakwa memalsukan surat bertarikh 9 Jun 2014 apabila memasukkan kenyataan palsu dengan niat menggunakannya untuk tujuan penipuan

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS