Paling Popular
Terkini
story images
story images

Siti Nuramira Abdullah didenda RM8,000 susulan persembahan komedi kontroversinya yang menimbulkan kemarahan awam, terutama umat Islam.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi hukuman itu selepas dia mengaku salah atas pertuduhan alternatif bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (melukakan perasaan agama orang lain).

Dia membayar saman itu dan meninggalkan mahkamah.

Menurut pendakwaan alternatif itu, dia bersalah kerana membuka tudung dan baju kurung selepas mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada 4 Jun lepas.

Pihak pendakwaan tidak meneruskan kes bawah Seksyen 298A–menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, permusuhan benci-membenci, niat jahat atau memudaratkan atas alasan agama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS